BERUSAHA – BEKERJASAMA – BERJASA

PERTUBUHAN AMAL & KEBAJIKAN AMANAT RAKYAT – PAKAR
(PPM-021-01-03022014)


LAMBANG

Lambang Persatuan menunjukkan gambar genggaman tangan memegang sebilah keris, dengan akar berada di perut bumi semuanya berwarna hitam mencerminkan keperwiraan dan kegagahan semangat perjuangan jatidiri bangsa Melayu sejati.
Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menjunjung perlembagaan negara.
Warna Cokelat melambangkan tanahair iaitu tanah tumpah darah kelahiran iaitu negara Malaysia.
Warna Merah melambangkan keberanian dan pengorbanan diri kepada agama, bangsa dan negara.
Warna Biru melambangkan semangat perpaduan dan setiakawan di antara ahli dan masyarakat.
Warna Hijau melambangkan kesucian dan kemurniaan dalam urusan keagamaan.
Warna putih melambangkan kebersihan dan kemuliaan budi pekerti dalam urusan beraktiviti.




MATLAMAT/OBJEKTIF
  1. MATLAMAT 1 MENGANJURKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERASAKAN PENDIDIKAN,KEBUDAYAAN, SOSIAL, AKHLAK, KEBAJIKAN DAN MORAL UNTUK PENDUDUK SETEMPAT
  2.  MATLAMAT 2 MEMUPUK DAN MENGGALAKAN GAYA HIDUP SIHAT BAGI  PENDUDUK SETEMPAT.
  3. MATLAMAT 3 MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN DI KALANGAN PENDUDUK TENTANG PENTINGNYA PERANAN MEREKA DALAM MENCEGAH KEGIATAN TIDAK SIHAT SEPERTI JENAYAH, GEJALA SOSIAL SERTA MEMUPUK MEMUPUK SIFAT-SIFAT TANGGUNGJAWAB DAN DISPLIN DI KALANGAN MEREKA
  4. MATLAMAT 4 MENGERATKAN PERASAAN MUHIBAH DAN SALING HORMAT MENGHORMATI
  5. MATLAMAT 5 MEMBOLEHKAN PENDUDUK KENAL ANTARA SATU SAMA LAIN SERTA   MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DAN PERSAHABATAN .
  6. MATLAMAT 6 MENJAGA KESELAMATAN DAN HARTA BENDA PENDUDUK SETEMPAT.


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.